Thursday, 6 September 2018

Cara menghilangkan gastrik

Cara menghilangkan gastrik.Gastrik mengganggu kehidupan harian kita.pelbagai cara untuk menyembuhkan sakit gastrik ni.meh kita baca pengalaman kak ma yang mengalami gastrik selama 16 tahun.Dan Alhamdulillah sembuh.

.

Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.
.

Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.
.

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.
.

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.



Ini lah set Gastrik yang kakma ambil.

 Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
.

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.
.

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.
.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma.

Kepada yang nak dapatkan set gastrik ni boleh terus hubungi akak ye.

No telefon:0194704339
Cod:Gopeng,Batu Gajah,Malim Nawar,RTC Gopeng,Simpang Pulai.
Pos

Wednesday, 5 September 2018

IKHTIAR HAMIL DAN BERPANTANG DENGAN VITAMIN.

Setiap pasangan menginginkan anak sebagai penyeri runah tangga.ada yang belum dikurniakan anak dan ade juga yang sudah punyai anak,tetapi untuk mendapatkan anak lagi sukar.itu lah yang berlaku pada diri akak sendiri.mari kita baca kisah akak ni.
Set pantang shaklee


[BEAUTIFUL JOURNEY, DARI INGIN HAMIL, SEMASA HAMIL, BERPANTANG DAN BREASTFEEDING]
.

Assalamualaikum .
Saya A'bidatul Mu'tadillah bt Motolani berumur 35 tahun.saya mula menjadi pengguna dan juga pengedar shaklee dari tahun 2014. Semua nye bermula untuk ikhtiar sihat.Alhamdulillah kesihatan saya menjadi semakin baik dengan usaha konsisten makan vitamin.
.


Pada awal tahun lepas, 2017 saya berjinak-jinak untuk minum vivix dan b complex. Untuk repair mana-mana sel badan yang rosak dan tak sihat. B complex adalah bekalan untuk HB yang baik. Disamping usaha untuk anti stres dan juga kecantikan. sebenar ada niat dihati andai diberi peluang dan rezeki nak baby..ha ha ha.hari-hari yang saya lalui menjadi semakin sunyi bila anak-anak pergi kesekolah.anak sulung berumur 10tahun dan yang kedua 8tahun masa tu. Hidup menjadi sangat selesa.
.

Alhamdulillah pada bulan mac saya disahkan mengandung. Huh masa tu antara percaya dengan tidak. Kami sekeluarga sangat gembira dengan berita ni. Oleh kerana ni baby yang ditunggu-tunggu jadi saya teruskan pengambilan vitamin untuk ibu hamil. Alhamdulillah alahan tu ada tapi tak de lah teruk. Masa ni saya makan vitamin c,b complex,vitalea dan ostematrix.
.

Masuk bulan kedua buka lah buku pink. Masa ni semua sejarah dirungkai. Ha ha ha.saya ade sejarah tyroid. Tapi masa tu tak tau jenis yang mana. Rupanya dia mengganggu apabila saya mengandung. Ibu hamil kan mengalami perubahan hormon. Saya mengalami penurunan berat badan yang agak banyak.sepanjang kehamilan saya mengalami kurang berat badan sebanyak lebih kurang 19kg. Ni kalau masa normal menari-nari saya seronok.kurus gitu.
.

Maka sepanjang kehamilan saya dipantau oleh doktor pakar dari hospital besar ipoh.setiap bulan kena cek darah bagi memastikan tahap tyroid saya terkawal.Alhamdulillah masa hujung-hujung kehamilan tyroid saya semakin stabil. Saya terus konsisten dengan set kehamilan shaklee. Saya yakin bila saya dapat vitamin dan nutrien yang cukup untuk baby saya In syaa Allah semua akan ok.
.

Kehamilan saya yang ini sangat berbeza dari yang lepas-lepas. Walaupun ade hypertyroid saya kekal aktif hingga ke hari bersalin. Saya juga perlu hadir kekuliah sebab masih menyambung study. Allah mudahkan saya walaupun terpaksa duduk dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Belum lagi bila terpaksa berjam-jam duduk didepan komputer untuk menyiapkan esaimen. Saya enjoy sepanjang kehamilan.
.

Berkat konsisten ostematrik saya tidak mengalami sakit gigi,kejang -kejang kaki dan juga tidak mengalami sembelit. Kandungan sebelum ini semua tu saya lalui.
.

Tanggal 14/12/2017 maka lahirlah baby bam bam. Dalam ibunya susut tapi baby Alhamdulillah 4kg semasa dilahirkan. Disebabkan overdue 40minggu 9hari dan berat semasa di scan 3.9kg. Walaupun sudah turun tanda tapi baby tidak berada dijalannya. Makanya emergency czer lah.
.

Selepas sahaja keluar dari bilik operation dan masa kuarantin. Maka saya dibenarkan untuk makan dan balik ke wad. Usah cakap la rasa lapar nya tu kan. Mula puasa pukul 8 pagi pukul 11 malam baru boleh makan. Ha ha ha. Suami dah tunggu dekat wad. Tau ape yang dibawa nye..VIVIX. Saya tak fikir apa dah minum 2 sudu besar vivix dan malam tu minum susu dan roti sahaja. Sebab saya perlukan tenaga untuk diri saya dan juga baby. Sebab baby dah mula menyusu dan baby bersama dengan saya. Sepanjang malam tu Alhamdulillah saya boleh mengurus diri dan baby.

Set berpantang shaklee


Sepanjang berpantang saya meneruskan vitamin-vitamin yang memang saya makan dan ditambah dengan vivix,alfalfa dan lecithin. Sedia maklum ibu yang bersalin pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih dan kena dipastikan tempat luka kering dan sembuh dengan baik.
.

Ibu bersalin tak lari dari masalah bengkak susu.Alhamdulillah dengan lecithin sangat membantu.
.

Saya juga perlu hari-hari pergi ke klinik untuk cek kuning baby. Saya perlu naik turun tangga sebab rumah ditingkat 2. Oleh sebab itu saya perlukan tenaga dan sihat bagi memastikan baby dapat susu dan juga perhatian yang terbaik.
.

Alhamdulillah diatas segala momen-momen yang indah sepanjang kehamilan baby yang ketiga ini. Andai ada ibu-ibu yang ingin hamil,sedang hamil dan sedang berpantang boleh la cuba set-set yang sangat hebat ni.
Set pantang shaklee



Alhamdulillah...kepada yang mempunyai masalah seperti akak.boleh lah hubungi akak untuk dapatkan konsultasi dan juga pengalaman sebenar dari akak.

No fon:0194704339
COD:Gopeng,RTC Gopeng,Kampar,Batu Gajah,Simpang Pulai.
Pos:keseluruh Malaysia.

Cara memperbaiki kulit muka rosak dan berparut

Kulit muka rosak dan berparut menjadi mimpi ngeri bagi mereka yang melalui.Setiap orang menginginkan kulit yang cantik,sihat dan menawan.jangan takut atau risau.Disini akak nak share cerita puan Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad.jom kita baca dan hadam.

Cara menghilangkan masalah kulit


Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.
.

Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.
.

Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.
.

Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.
.

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake" sangat.
.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.
.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.
.

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan "on time" muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni".
.

Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat "trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang.
.

Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.
.

Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa.
.

Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.
.

#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam #VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, "Vivix luar dalam".
.

Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin  #YOUTH Che Yan.
.

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu.
.

Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.
.

Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH.
.
Kulit sihat dan flawless

Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.
.
Þ
There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH.


Ha dah baca kisah puan ni kan.untuk dapatkan set ini boleh hubungi kak Dilah terus tau.

No telefon 0194704339
Cod: Gopeng,Kampar,Malim Nawar, RTC Gopeng, Batu Gajah,Simpang

Tuesday, 4 September 2018

Cara menyembuhkan cacar air atau chicken pox


Cara menyembuh cacar air atau chicken pox.kebiasaannye siapa yang mengalami penyakit ini akan rasa tidak selesa dan juga mengalami kesan parut selepas cacar air atau chicken pox sembuh.mari kita baca kisah dari Encik Zamri Rosli ini.
Cacar air atau chicken pox

Gambar cacar air atau chicken pox

Saya Zamri Rosli, seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak kongsi pengalaman saya gunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox.
12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.
Doktor bagi antibiotik paling power bagi membunuh virus dan mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.
Saya bertahan di rumah sahaja. Isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu. Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja.
Bayangkan kesakitan apabila gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya. Boleh nangis ooo…
Orang kata, kesan parut cacar seperti yang saya alami ini ambil masa hampir setahun untuk hilang.
Isteri mula beri vitamin Shaklee untuk saya makan sejak dari awal saya kena chicken pox. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat. Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.
Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering.
Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan, dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Chiken pox atau cacar air

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira. Nak makan pun tak selera. 3 hari tak lalu makan, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.
Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni. Magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.
Kesan Parut Teruk Chicken Pox Kering Hilang Dengan Cepat
Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan telah mengering dengan kadar yang cepat. Happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.
Masuk kerja minggu ke-3 selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je. Tak nak jumpa orang. Malu. Pada minggu ke-4 ada kawan-kawan yang tanya, “Uihhh cepat kering cacar you boss. Apa produk you guna?”. Saya senyum je malas nak cerita.
Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri sarankan untuk ambil ESP Soy Protein, Vitamin C dan Vitamin E Complex. Saya kata kat isteri, mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka. Tapi, isteri kata cuba je dulu. Untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni.
Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka. Katanya, kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman. Ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.
So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, Vitamin C dan Vitamin E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya. Pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula. Ahhh mustahil lah fikir saya. Tapi, dah sebab isteri yang suruh makan, ambik je la.
Berkat kesabaran isteri saya, dalam masa duk makan tak makan ESP, Vitamin C & Vitamin E tu dalam masa sebulan je saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya. So, ada la dalam hati saya kata, “Kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.” Hehe..
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya. Terima Kasih Shaklee kerana mengembalikan keyakinan hidupku.
Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang saya amalkan ni, setakat parut jerawat tue apalah sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!  -Dr. Zamri Rosli


Kepada yang nak dapatkan set chicken pox ini atau untuk dapatkan konsultasi dari kak dilah boleh hubungi kak dilah di no 
019 4704339.

Kak Dilah juga membuat penghantaran sehingga depan pintu rumah di sekitar pekan Gopeng,RTC Gopeng,Malim Nawar,Kampar,simpang pulai,Batu Gajah dan Simpang Pulai.
Kak Dilah juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia.


Saturday, 31 March 2018

Cara menaikkan antibodi



[SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK MENAIKKAN ANTIBODI ANAK YANG LEMAH]
.

Assalamualaikum.

Saya Wan Zainab Bt Wan Muhammad. Ibu kepada 2 orang anak lelaki yang sedang membesar.

Saya ingin ceritakan kisah shaklee effect anak saya Muhammad Hud. Hud berusia 1 tahun 4 bulan sekarang dan sistem pertahanan badan beliau agak lemah. Seawal usia 2 bulan Hud sudah demam. Bukan sahaja demam tapi diikuti dengan batuk juga selsema. Hud mudah terima jangkitan daripada orang lain.
.

Hud paling kerap demam berbanding anak pertama. Saya perasan bila demam, Hud akan selsema dan juga batuk. Batuk Hud pula berkahak dan menganggu tidur beliau. Kesian Hud bila batuk.
.

Umur Hud 7 bulan, saya mula berikan Hud Omega Guard, Nutriferon & Vitamin C. Alhamdulillah, nampak perubahan yang mana selsema dan batuk cepat pulih. Saya tidak risau bila keadaan ini berulang dan saya akan sediakan suplemen sahaja untuk Hud.

.

Kadangkala jika Hud batuk-batuk, saya juga bawanya jumpa doktor dan doktor akan check paru-paru beliau. Alhamdulillah paru-paru Hud sihat dan cuma batuk-batuk biasa sahaja. Saya risau juga. Maklumlah, masalah Pneumonia masa kini sangat berleluasa dalam kalangan bayi.
.

Baru-baru ini Hud selsema dan batuk. Seperti biasa saya cepat-cepat berikan Omega Guard, Vitamin C dan Nutriferon. Dalam masa 2 3 hari sudah nampak perubahannya.
.

Kesihatan Hud paling saya risau sebab badan beliau masih kecil dan dalam proses bina dan kuatkan antbodi untuk pertahanan penyakit. Jadi, tugas saya adalah berikan makanan yang terbaik untuk beliau.

Kini, ketiga-tiga suplemen ini adalah suplemen wajib untuk anak-anak saya. Hud sangat gemarkan ketiga-tiganya. Kalau makan vitamin C, memang tak cukup 1 biji. Sangat senang ajar dia makan suplemen.
.

Saranan saya buat ibu-ibu di luar sana, berilah anak-anak anda makanan tambahan supaya badan mereka terlindung daripada sebarang penyakit bawaan Virus. Makanan sekarang ini tak sama macam zaman nenek moyang kita dahulu.
.

Anak-anak kita perlukan suplemen untuk top up semula nutrisi yang hilang daripada makanan yang kita makan. Tambahan pula, kanak-kanak adalah insan yang suka memilih untuk makan.
.

Anak-anak kita adalah harta kita. Hargailah dan sayangilah mereka. ;)

Untuk mendapatkan suppliment ini hubungi  [0194704339] dillah
Cod sekitar gopeng dan pos satu malaysia.

Sunday, 11 March 2018

Cara mudah berpantang pembedahan.

LUKA CZER SEMBUH DENGAN CEPAT SELEPAS AMALKAN VIVIX
.
Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampIr 4 tahun. Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan.
.
Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.
.
Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.
.
Saya hanya mampu makan panadol. Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.
.
Minggu pertama sangat hazab. Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai saya tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.
.
Luka bersalin pembedahan cepat sembuh

Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan. Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.
.
Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee. Sejak hari pertama saya ambil ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka) , GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik, VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga, OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang), LECITHIN untuk bengkak susu.
.
Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya. Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat. Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.
.
Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memnag rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.Sangat menyesal.
.
Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah denganVivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.
.
Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun.
Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer.
Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya. saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.
.
Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik. Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan. Terbaik sungguh!

Tuesday, 9 May 2017

Ikhtiar sakit tumit menyucuk dan susah untuk berjalan

Sakit tumit selalu mengganggu pergerakan seseorang.ada yang sampai tidak mampu untuk menapakkan kaki akibat terlalu sakit.apabila sakit tumit menguji seseorang biasa doktor akan bekalkan painkiller untuk mengurangkan sakit.berbeza dengan kakak ni.jom kita baca pengalaman beliau.



Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.
.

Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi.
.

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit  akan on off on off.
.

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”
.

Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta  boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini.
.

Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.

Set sendi

.

Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu.
.

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri.
.

Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!!  PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

Begitulah cerita dari pesakit yang mengalami penyakit tumit yang sangat mengganggu kehidupan harian beliau.

saya pengedar shaklee aktif di kawasan gopeng,kampar dan batu gajah...jangan malu atau segan untuk menghubungi saya di talian 0194704339.saya menyediakan konsultasi secara percuma dan menyediakan produk2 yang anda perlukan.barang boleh COD disekitar gopeng atau pos ke seluruh malaysia.

Dilah 0194704339
sid pro anda.